Pengumuman

Tempahan untuk semua jenis ternakan ditutup sementara, ini kerana stok ternakan kami telah di tempah dan sudah pun habis dijual. Stok dijangka kembali sediakala pada 1/Januari/2010
Harap Maklum.

Thursday, January 29, 2009

Ternakan ayam kampung

Ayam kampung diternak secara komersil dengan kaedah separa lepas. Kejayaan ternakan bergantung kepada baka yang berkualiti, makanan, pengurusan dan persekitaran yang baik. Baka ayam kampung bagi ternakan komersil biasanya dari jenis kacukan baka tempatan dengan baka luar negara seperti australia dan UK, baka2 ini boleh didapati daripada pembekal baka tempatan.

Kaedah eraman telur diguna dalam pembiakbakaan spesies ayam ini bagi kuantiti yang besar. Kaedah ternakan lebih kurang sama dengan ayam pedaging dimana ayam diternak dalam reban terbuka hanya terdapat sedikit pembezaan itu ayam haruslah dilepas dalam tempoh masa tertentu di sekitar kawasan reban.

Kebiasaanya ayam dapat dipasarkan dalam jangka masa 2 bulan setengah ke 3 bulan dari tempoh ternakan. Harga borong ayam kampung lebih tinggi berbanding ayam pedaging biasa kerana tempoh ternakan yang lebih panjang dan permintaan yang tinggi daripada pasaran tempatan.

0 comments:

Post a Comment


I&I Chicken Farm © 2008 Template by:
duitberjuta